antara kebaikan pembayaran utiliti menerusi laman sesawang ini ialah ;-
1. Dapat mengurangkan waktu menunngu pengguna di kaunter.orang ramai tidak lagi perlu menapak ke kaunter dan menunggu giliran yang kadang-kadang melibatkan kos masa dan wang.transaksi ini boleh dihantar pada bila-bila masa sahaja selagi system berfungsi dengan normal. |
2. urusan online dapat mengurangkan lagi karenah birokrasi. Pemohon tidak perlu menghadap pegawai-pegawai tertentu yang memungkinkan sikap pilih kasih berdasarkan faktor kenal atau sebaliknya. |
3. memudahkan pihak pengurusan menyediakan sumber manusia yang berpatutan bagi menangani proses penilaian. Pada satu tahap, pihak pengurusan boleh mengenal pasti pola atau paten permohonan. Sesetengah permohonan bertamah atau berkurang secara bermusim. Maka ketika polanya menaik, pihak pengurusan dapat menyediakan lebih banyak pegawai untuk membuat penilaian. Begitu juga sebaliknya, ketika pola urusan sesuatu transaksi berkurang atau mendatar jumlah pegawai paling minimum dikekalkan. |
4. meningkatkan tahap pematuhan piagam pelanggan. Disebabkan setiap permohonan yang dihantar dapat dipantau secara automatik, pihak pengurusan dapat menilai piagam pelanggan mereka menepati tahap persetujuan perkhidmatan (Service-level agreement – SLA). SLA ini ditetapkan untuk setiap permohonan dengan tahap-tahap tertentu seperti, satu jam, empat jam, satu hari atau tiga hari. |
5. Dapat meningkatkan hasil sesebuah agensi. |
6. apabila kemudahan seperti ini wujud secara tidak langsung pemohon boleh membuat sendiri tanpa melalui orang tengah. Hal ini dapat mengurangkan masalah penipuan. |
No comments:
Post a Comment