Dapat menyelesaikan pelbagai bil dan urusan perbankan melalui
kemudahan internet di rumah. Kini,
kehidupan masyarakat kita di bandar yang sangat sibuk dengan tekanan di tempat kerja dan
kesesakan lalu lintas sebelum serta selepas pulang dari pejabat. Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini
amat menyusahkan apabila mereka hendak menguruskan hal-hal berkaitan rumah
tangga dan pembayaran pelbagai bil. Melalui penggunaan internet di rumah, kita
dapat menyelesaikan pelbagai bayaran bil dan urusan perbankan sambil minum kopi
dan berbual bersama-sama ahli keluarga di rumah. Perkara ini dapat dibuktikan apabila banyak
bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro Bank dan RHB Bank menyediakan perniagaan
secara ‘online’ di internet kepada para pelanggan untuk memindahkan wang ke
dalam akaun lain dan menyimpan wang secara ‘online’, begitu juga dengan
pembayaran bil kad kredit. Contohnya seperti, )Pembayaran bil elektrik,
bil air dan bil telefon juga dapat dibayar dengan penggunaan internet di rumah
melalui laman web kerajaan iaitu myeg.com. pendek kata, kita dapat menguruskan
pembayaran bil dan urusan perbankan di rumah melalui internet sekaligus
menjimatkan masa kerana masa
itu emas.
.
No comments:
Post a Comment